fikah sunnah wanita


1) BERSUCI

Air mazi

cairan berwarna putih lembut & lengket yang keluar ketika timbul berahi seperti membayangkan persetubuhan, bercumbuan @ menginginkan persetubuhan. Keluarnya tidak secara memancar & barangkali orang tidak menyedari keluarnya. Mazi boleh keluar dari lelaki & wanita, namun dari wanita lebih banyak. Menurut kesepakatan para ulama, mazi hukumnya najis.

Pakaian yang terkena mazi

- percikkan air pada pakaian yang terkena mazi.

- Sahal Bin Hunaif berkata : "Dahulu aku sering kali keluar mazi yang membuatku harus sering mandi, lalu aku menanyakan hal itu kepada Rasulullah, kemudian baginda bersabda : "Cukuplah bagimu berwudhuk dari hal yang demikian itu."

Katanya lagi : "Lalu aku menanyakan tentang mazi yang mengenai pakaianku, maka baginda bersabda : "Cukuplah engkau mengambil segenggam air lalu menyiramkannya pada pakaianmu, dimana menurutmu air itu telah mengenainya. (HR Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah)

- Juga berdasarkan hadis Ali yang mengatakan : "Aku adalah seorang lelaki yang sering keluar mazi, lalu aku menyuruh seseorang untuk menanyakan hal ini kepada Rasulullah, maka Nabi s.a.w. bersabda, "Berwudhuk & basuhlah zakarmu." (HR Bukhari & Muslim) 

2) SOLAT

Perkara yang dibolehkan di dalam solat

i) Menangis

- Diriwayatkan dari Mutharrif, dari ayahnya, dia berkata : "Saya pernah melihat Rasulullah solat & pada dada baginda terdengar suara desisan seperti desisan ketel akibat menangis." (HR Bukhari, Nasa'i, Ahmad)

- Aisyah r.a. berkata : "Abu Bakar adalah seorang lelaki yang banyak menangis. Beliau tidak kuasa menahan air matanya apabila membaca al-Quran." (HR Bukhari)

ii) Menoleh ke kiri & kanan

- Dibolehkan ketika solat namun ketika sangat diperlukan

- Adapun jika menoleh tanpa ada keperluan yang penting, hukumnya adalah makruh kerana hal itu menghilangkan kekusyukan

iii) Meludah pada sapu tangan

iv) Bertepuk untuk mengingatkan imam

v) Memberi isyarat ketika solat

- Diriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa dia berkata : "Rasulullah pernah memberi tugasan kepadaku, ketika baginda berangkat ke Bani Mushthaliq. Ketika saya datang kepadanya, baginda sedang mengerjakan solat di atas tunggangannya, maka saya pun mengajaknya berbincang. Tetapi beliau mengatakan dengan tangannya (isyarat tangan) "begini". Kemudian saya mengajaknya bercakap lagi & baginda memberi isyarat dengan tangannya. Saya mendengar baginda membaca & memberi isyarat dengan kepalanya." (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad)

vi) Meratakan tanah tempat sujud

- Rasulullah bersabda kepada seorang lelaki yang meratakan tanah tempat sujudnya ketika sedang solat : "Jika engkau melakukannya, maka lakukanlah sekali sahaja." (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, ad-Darimi, Ahmad)

vii) Mendorong orang yang melintas

viii) Gerakan ringan kerana perlu

- Aisyah r.a. meriwayatkan : "Rasulullah pernah solat (sunat) di dalam rumah & pintu rumah dikunci, lalu aku datang & meminta agar dibuka. Maka baginda pun maju untuk membukakan pintu untukku. Setelah itu baginda kembali ke tempat solatnya. Dia menyebutkan bahawa pintu berada di arah kiblat." (HR Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i)

ix) Membunuh ular (kala jengking)

- Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda : "Bunuhlah al-aswadain di dalam solat, iaitu ular & kala jengking." (HR Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, ad-Darimi & Ahmad)

x) Mendukung anak kecil

xi) Berjalan beberapa langkah

xii) Mengingatkan imam

xiii) Membaca hamdalah ketika bersin

- Dibolehkan membaca Alhamdulillah dalam solat apabila bersin, tetapi tidak boleh diikuti tasymit oleh orang di sekitarnya

xiv) Berkhayal ketika solat

- Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda : "Apabila dikumandangkan azan untuk solat, maka syaitan lari terkentut-kentut sehingga dia tidak mendengar seruan azan. Apabila azan sudah selesai, maka dia kembali lagi. Apabila iqamat diucapkan, maka syaitan pun pergi. Jika iqamat sudah selesai, maka syaitan pun kembali datang untuk mengganggu orang yang solat dengan menagtakan : "Ingatlah ini, ingatlah itu," yang mana sebelum solat hal itu tidak teringat. Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat yang sudah dilakukannya." (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah, Malik, Ahmad)

- Dari Uqbah bin al-Harits an-Naufali, "Pada suatu hari aku solat asar bersama Rasulullah di Madinah. Setelah memberi salam, baginda langsung berdiri & berlari dengan cepat melewati kumpulan orang & menuju bilik salah seorang isterinya. Orang yang melihat kejadian itu merasa khuatir kerana melihat baginda berjalan dengan cepat, khuatir kalau ada sesuatu yang menimpa baginda. Tidak lama kemudian baginda pun keluar, & baginda melihat mereka dalam keadaan cemas & khuatir. melihat hal itu baginda bersabda : "Aku teringat akan emas lantak di rumah kami, aku tidak mahu ia menjadi penghalangku, oleh kerana itu memerintahkan untuk membaginya." (HR Bukhari, Nasa'i, Ahmad)

xv) Sujud di atas serban (seumpamanya)

xvi) Bersandar pada tongkat/tiang

- Ummu Qais binti Mihshan, bahawa tatkala Rasulullah s.a.w. sudah berusia lanjut & lemah, maka baginda membuat tiang pada tempat solatnya untuk bersandar. (HR Abu Daud) 

No comments:

Post a Comment