Friday, 2 November 2012

♥ Aku MENCINTAIMU kerana ♥


.•RUPA - Kau Sentiasa BERWUDHU' & Berpaling Dari KEMUNGKARAN.

.•
MATA - Kau Sentiasa MENUNDUK & Hanya LIHAT Keagungan Ciptaan-Nya.

.•
MULUT - Kau Sentiasa DIAM TERSENYUM& Bicara Mu Tentang Yang MAKRUF

.•
TELINGA- Kau Setia MENDENGAR & PEKAK Bila Mendengar Keburukan Seseorang.

.•
TANGAN - Kau Sentiasa MENADAH TANGAN Mendoakan Kebahagian Insan Tercinta.

.•
KAKI - Kau Sentiasa BERJALAN Ke Arah Keredhaan ALLAH Mencari Kebaikan.

.•
BADAN- Kau MENUTUP Segalanya & Hanya Pada ALLAH Kau Minta Pertolongan.

.•
HATI- Kau LUHUR Peribadi & Ikhlas Mencari CINTA Di Dalam Redha-Nya.

.•
Ana UHIBBUKA FILLAH
Ku PILIH kamu BUKAN SEKADAR CINTA, namun KU PILIH kamu kerana AGAMA.. BIAR enta TIDAK KACAK, namun PUNYA ILMU AGAMA yang CUKUP untuk MENCANTIKKAN ANA dan KELUARGA yang akan datang..insyaALLAH ♥ ;)
 
.••Aku tidak mencari seorang adam untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang TEMAN pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku.... Seorang yang boleh MENGINGATKAN aku kiranya aku terlupa, dan yang paling penting lelaki yang akan menjadi IMAMKU disetiap solatku....

.•
HasbunAllah Wani' mal waqil Semoga Yang Hadir Itu Menguatkan Kasih ku Dengan Illahi iaitu Pemilik Seluruh Hati Ini...

Tuesday, 16 October 2012

wanita : kakiku AURAT??


Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:
Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)
Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)
Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:
1. Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
2. Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
3. Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
4. Darurat.
Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?
Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:
Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

Friday, 12 October 2012

jangan sedih wahai hati

jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda ...
tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain .

jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda ...
tapi sedihlah kerana anda tidak mempercaya diri sendiri .

jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda ...
tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan .

jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda ...
tapi sedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain .

jangan sedih bila orang lain menghina anda ...
tapi sedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri .

jangan sedih bila orang lain memaki anda ...
tapi sedihlah kerana anda mulut jahat pada orang lain .

jangan sedih orang selalu mengkritik kita ...
tapi sedihlah kerana anda tak pernah mahu perbaiki diri .

jangan sedih kerana anda selalu jatuh ...
tapi sedihlah kerana anda tidak mahu bangkit kembali .

jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir ...
tapi sedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman .